Wednesday 21 September 2011

Pengenalan Delima/Pomegranate

Delima/Pomegranate 



Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California. Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya.Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.

Pada zaman Nabi Musa as, delima sudah ditanam di Palestin, Syria da Lebanon. Rimmon, kota silam yang dikatakan bandar Hebron kini, terkenal karena pengeluaran delima atau rumman, sempena namanya. Nama perkebunan delima ialah Punica granatum diambil dari kekata Perancis yang bermakna epal yang berbiji.Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar segar. Buahnya mula berkurangan selepas usia 15 tahun. Namun delima sejenis pokok tahan lama sehingga 200 tahun. Bunganya berwarna keunguan, putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di Asia Tengah. Daunnya berkilat dan kuat berbentuk perisai.

Keunggulan delima ialah susunan buahnya yang diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah sehingga enam bulan. Delima boleh berbuah antara setahun dan tiga tahun selepas ditanam. Pasaran Timur Jauh adalah destinasi utama dagangan delima. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenia penawar karena kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah. Biji delima yang kering digunakan untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan membuat kek. Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas pengahadaman.



Penerangan :
Botanical name :   
Punica granatum
Common name : 
pokok delima,pomegranate
categori : 
Tree
Origin : 
Iran, Himalaya
Family : 
Punicaceae
Soil : 
boleh hidup di pelbagai jenis tanah
Growth : 
sederhana
Height :  
1.8-4.6 meter


                          
Pokok Delima
 

Tips penjagaan:- 
Penyiraman : sekali sehari 
Pembajaan : 
3 bulan sekali (guna baja organik)
Pencahayaan : 
matahari penuh(lebih sesuai) 
Buah : 
pokok delima mula menghasilkan buah setelah satu hingga dua tahun selepas ditanam. 
Jarak tanaman :  
4 meter x 4 meter dengan menggunakan sistem segi empat sama.
Keluasan tanah : 
Bilangan pokok delima yang boleh ditanam bagi keluasan sehektar ialah 625 pokok.

pembiakan : biji benih dan kaedah pembiakan tut.
Setelah anak pokok berjaya ditut lebih kurang 30 hingga 40 hari untuk mengeluarkan akar dengan baiknya, ia perlu dipindahkan ke dalam polibeg dan diletakkan di bawah naungan sementara sebelum ditanam di kebun. Anak pokok yang melebihi umur tujuh bulan ke atas adalah amat sesuai ditanam, akan tetapi sebelum itu, pastikan pucuk pokok delima telah berwarna hijau tua dan telah matang sepenuhnya. Ini kerana, anak pokok mempunyai akar yang tua dan matang untuk berkembang dengan cepat untuk mencari air di dalam tanah.

No comments:

Post a Comment