Tuesday, 27 September 2011

“AL-RUMMAN” Jus Delima Organik yg menakjubkan

“Memberikan kesan dengan cepat”....Insya'Allah

                             


1 Liter
315 ml














Sepertimana yang ketahui bahawa penggunaan delima berfungsi dalam badan manusia untuk mencegah daripada pelbagai penyakit. Tetapi beberapa orang menyedari bahawa nutrisi dan antioksidan yang terdapat dalam delima turut bertindak sebagai Agen Penyembuhan. .

Delima banyak dikeluarkan dalam bentuk jus yang mempunyai rasa buah sebenar. Apabila memakan delima untuk tujuan penyembuhan, anda perlu memakan biji kerana ia mengandungi vitamin dan nutrisi yang tertumpu di dalamnya.


Membuang bijinya seperti membuang separuh daripada khasiat yang terdapat dalam delima.

Delima amat berguna terhadap sistem ketahanan badan kerana mempunyai sumber vitamin dan nutrisi yang berbeza. Kandungan potassium dan polyphenols membantu dalam mencegah radikal yang berbahaya dalam aliran darah. Delima juga mengandungi asid panthothenic dimana ia membantu sel mengambil alih oksigen dan menyahkan toksik.
Dan ia kaya dengan vitamin B dan C, yang mana ia telah lama dibuktikan dalam meningkatkan fungsi kekebalan (imun). Ia adalah Agen Penyembuhan dalam satu buah sama dengan gabungan buah-buah yang lain.
Sekarang anda dapat melihat delima sebagai;

“DELIMA Sebagai sumber pemakanan yang hebat”


Sesuai utk kegunaan seisi keluarga serta kpd anda yg menghidapi masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, jantung & banyak lagi…Insya’Allah.


 *Hanya guna sendiri dan kongsi kebaikan, keuntungan lumayan 
menanti anda…(Pengedar/Stokis diperlukan di seluruh Malaysia)

Thursday, 22 September 2011

Buah Delima dan Kencing Manis


Mereka yang menghidap kencing manis mempunyai kadar yang lebih tinggi untuk mendapat aterosklerosis, yang menyumbang kepada penyakit jantung, strok dan penyakit-penyakit kardiovaskular lain.

Kajian-kajian ini menjelaskan yang antioksidan dalam jus pomegranite mungkin sangat berkesan dalam menurunkan risiko komplikasi koronari yang dikaitkan dengan kencing manis.

“Dalam kebanyakan jus, gula hadir dalam bentuk bebas dan berbahaya,” kata pakar perubatan Michael Aviram, dari Fakulti Technion Medicine di Haifa, Israel, dalam satu siaran berita. “Dalam jus buah delima , bagaimanapun, gula terikat kepada antioksidan-antioksidan yang unik, yang menyebabkan gula ini bertindak sebagai perlindungan menentang aterosklerosis.”

Mereka dengan kencing manis tidak mampu untuk bereaksi secara normal terhadap gula biasa dan biasanya dinasihati untuk mengawasi pengambilan makanan dan minuman yang tinggi dkandungan gula semula jadi atau gula yang diproses, termasuk juga jus-jus buah-buahan.

Dalam penyelidikan itu, yang dibincangkan dalam jurnal Atherosclerosis, pakar-pakar menganalisis kesan-kesan meminum jus delima pekat yang  dihasilkan khas yang bersamaan dengan satu gelas normal jus delima baru(fresh), setiap hari untuk 3 bulan oleh 10 orang-orang dewasa yang sihat dan 10 orang dewasa yang menghidap diabetes(kencing manis) Type 2.

Minuman jus delima tidak menjejaskan paras kolesterol menyeluruh , bagaimanapun pakar-pakar menemui ia mengurangkan pengambilan Kolesterol Buruk – LDL yang dioksidakan  oleh sel-sel imun, yang merupakan satu faktor penyumbang utama untuk aterosklerosis.

Walaupun jus buah delima mengandungi kadar gula yang serupa dengan jus-jus buah-buahan lain, Aviram menyatakan yang mereka agak terkejut dan seronok bila mendapati bahawa gula dalam jus buah delima tidak memburukkan penunjuk-penunjuk diabetes melitus, seperti tahap-tahap glukosa darah, dalam peserta-peserta yang menghidap kencing manis.

Wednesday, 21 September 2011

Pengenalan Delima/Pomegranate

Delima/Pomegranate 



Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California. Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya.Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.

Pada zaman Nabi Musa as, delima sudah ditanam di Palestin, Syria da Lebanon. Rimmon, kota silam yang dikatakan bandar Hebron kini, terkenal karena pengeluaran delima atau rumman, sempena namanya. Nama perkebunan delima ialah Punica granatum diambil dari kekata Perancis yang bermakna epal yang berbiji.Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar segar. Buahnya mula berkurangan selepas usia 15 tahun. Namun delima sejenis pokok tahan lama sehingga 200 tahun. Bunganya berwarna keunguan, putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di Asia Tengah. Daunnya berkilat dan kuat berbentuk perisai.

Keunggulan delima ialah susunan buahnya yang diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah sehingga enam bulan. Delima boleh berbuah antara setahun dan tiga tahun selepas ditanam. Pasaran Timur Jauh adalah destinasi utama dagangan delima. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenia penawar karena kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah. Biji delima yang kering digunakan untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan membuat kek. Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas pengahadaman.



Penerangan :
Botanical name :   
Punica granatum
Common name : 
pokok delima,pomegranate
categori : 
Tree
Origin : 
Iran, Himalaya
Family : 
Punicaceae
Soil : 
boleh hidup di pelbagai jenis tanah
Growth : 
sederhana
Height :  
1.8-4.6 meter


                          
Pokok Delima
 

Tips penjagaan:- 
Penyiraman : sekali sehari 
Pembajaan : 
3 bulan sekali (guna baja organik)
Pencahayaan : 
matahari penuh(lebih sesuai) 
Buah : 
pokok delima mula menghasilkan buah setelah satu hingga dua tahun selepas ditanam. 
Jarak tanaman :  
4 meter x 4 meter dengan menggunakan sistem segi empat sama.
Keluasan tanah : 
Bilangan pokok delima yang boleh ditanam bagi keluasan sehektar ialah 625 pokok.

pembiakan : biji benih dan kaedah pembiakan tut.
Setelah anak pokok berjaya ditut lebih kurang 30 hingga 40 hari untuk mengeluarkan akar dengan baiknya, ia perlu dipindahkan ke dalam polibeg dan diletakkan di bawah naungan sementara sebelum ditanam di kebun. Anak pokok yang melebihi umur tujuh bulan ke atas adalah amat sesuai ditanam, akan tetapi sebelum itu, pastikan pucuk pokok delima telah berwarna hijau tua dan telah matang sepenuhnya. Ini kerana, anak pokok mempunyai akar yang tua dan matang untuk berkembang dengan cepat untuk mencari air di dalam tanah.

Saturday, 17 September 2011

Khasiat & Kelebihan Buah Delima

Sejuta Khasiat Delima

Delima digelar ‘superfruit’ mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau system kardiovaskular. Buahnya bulat hampir sebesar limau. Berkulit keras, merah kecoklatan atau agak ungu. Isi buahnya terdiri dari butiran-butiran merah seperti kristal. Rasanya manis-manis segar.


RAHSIA PENCIPTAAN BUAH DELIMA


Di dalam Al-Quran disebut tiga tempat tentang buah delima.  Pertama Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:”Dan Dia yang menurunkan air(hujan) dari langit kemudian kami mengeluarkan dari air(hujan) itu segala macam tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan sebahagian daripadanya dedaunan yang hijau(sayur mayur) dan Kami keluarkan pada sebahagian daripadanya biji-bijian yang bersusun dan Kami jadikan pula daripadanya pokok kurma yang mayangnya ada segerombolan buah kurma yang dekat untuk ambil, dan daripadanya pula Kami keluarkan kebun-kebun anggur, zaitun dan delima yang sebahagiannya mempunyai kemiripan daunnya, tetapi rasa buah yang satu berbeza dengan yang lain. Lihatlah buah-buahnya ketika sedang berbuah dan ketika telah ranum.Sesungguhnya di dalam hal itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Kami bagi orang-orang beriman.”(Al-An’am:99)
Kedua Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:”Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang bersusun dan kebun-kebun yang tidak bersusun, pokok kurma, tanaman-tanaman yang berlainan rasanya, pokok zaitun dan pokok delima yang serupa atau yang tidak serupa. Makanlah buahnya jika telah berbuah dan bayarlah zakatnya di hari kalian memetiknya. Dan janganlah kalian melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.: (Al-An’am:141)
Dan ketiga Allah S.W.T. berfirman:” Di dalam kedua syurga itu terdapat mata air yang memancar keras terus-menerus. Maka tanda-tanda kekuasaan Tuhan kalian yang mana lagi yang akan kalian dustakan?Di dalam kedua syurga itu terdapat buah-buahan, pokok kurma dan pokok delima.”( Al-Rahman:66-68)
Imam Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sbagai tanda kehebatan Allah S.W.T. dimana ia terbentuk seperti katung-katung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipis yang kelihatan seperti bukit. Kemasan yang tersusun rapi biji buah delima seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut.Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan yang tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dari sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit kerras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.


ASAL BUAH DELIMA


Delima berasal dari Negara Iran dikenali sebagai Punica Granatumdalam istilah botani, juga boleh didapati di India, Afghanistan dan Syria. Di zaman Nabi Musa a.s. lagi, buah delima yang bermutu di tanam di Palestin dan Lebanon. Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah.Bagi agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic.  Di China pula, buah delima menjadi simbol kesuburan, rezeki yzng melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati. Dalam agama Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat didalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya.


KANDUNGAN YANG TERDAPAT DALAM BUAH DELIMA


Dari sudut pemakanan, buah delima  kaya dengan sodium dan mengandungi unsur-unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin,niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya.Buah delima disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah-buahan.
Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru-paru kerana ia dapat melegakan batuk. Sepertimana sabda Nabi Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu’aim yang bermaksud “Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman”.
Jus buah delima  dapat memberikan zat kepada badan serta menyegarkan badan dan ianya dapat dihadamkan dengan cepat kerana ianya bersifat ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Ianya juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit-birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis.Buah delima juga dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itu ia dapat menghilangkan keletihan.Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa jenis cacing seperti cacing pita yang
mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, manfaat dari rasa pahit tersebut dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia.Kulitnya yang tebal pula betanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik.

KEBAIKAN DAN  KHASIAT BUAH DELIMA
  • Mengekalkan keadaan jantung dan hati yang sihat
  • Membersihkan hati dan saluran perkumuhan
  • Menyingkirkan lemak berlebihan
  • Meningkatkan tenaga seksual suami/isteri
  • Mencegah rasa mual
  • Menstabilkan hormon semasa haid dan melancarkan kitaran haid
  • Mencantikkan kulit muka
  • Membantu memulihkan pesakit kencing manis
  • Berupaya menghapuskan kahak
  • Memberi tenaga dan mencegah keletihan
  • Mencegah angin ahmar bagi warga emas
  • Meningkatkan peredaran darah
  • Mencegah dan merawat kanser
  • Membantu menstabilkan tahap kolestrol dalam darah
  • Membakar lemak dan mengurangkan berat badan
  • Membantu menguatkan sistem percernaan dan usus
  • Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
  • Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu
  • Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
  • Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik
  • Membantu mengurangkan batuk dan lelah
  • Membantu merendahkan dan menstabilkan tekanan darah
  • Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar
  • Membantu membaik pulih sistem hati dan limpa
  • Membantu mencuci buah pinggang dan saluran kencing
  • Membantu menstabilkan hormon wanita yang menopous